Dikuasakan oleh Coperatech




COPERATECH BERHAD




Perjalanan ini bermula pada Mei 2010, apabila beberapa ahli Kumpulan Alumni 81/82 TiKL berkumpul dan merancang bersama-sama untuk mewujudkan satu platform kumpulan perniagaan melalui sebuah organisasi Koperasi.

 

Satu kumpulan jawatankuasa sementara (PROTEM) telah diwujudkan dan setelah mengadakan beberapa siri perjumpaan, mesyuarat, penyerahan dokumentasi dan usaha yang berterusan sehinggalah akhirnya sejarah tercipta apabila Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad (B-4-0877) yang juga dikenali sebagai Coperatech Berhad telah ditubuhkan dimeterai dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM ) pada 10hb November 2010.

 

Dari saat itu, perjalanan Coperatech Berhad bermula dengan perlantikan Ahli Lembaga Koperasi yang terdiri daripada 13 orang untuk 3 tahun (2010-2012) yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 31hb Julai 2010 yang dihadiri seramai 75 orang ahli berdaftar dan sehingga kini telah merekodkan beberapa siri perniagaan yang melibatkan penyertaan ahli bersama.

 

Terkini, Coperatech Berhad sedang memulakan perniagaan baru dengan penglibatan keahlian melalui ANGKASA Malaysia & pendaftaran Kementerian Kewangan ke atas 20 entiti perniagaan teras untuk meneruskan perkongsian perniagaan yang lebih sejajar dengan industri dan senario pasaran yang kompetitif pada masa kini.

 

Akhir sekali, Coperatech Berhad akan terus berusaha untuk mencapai legasi kejayaan gemilang sebagai technousahawan melalui kerjasama semua ahli-ahli yang berdaftar.